Sunday 11 March 2012

rahsia pemakanan ilmuwan islam

rahsia pemakanan ilmuwan islam

Haha sori aku tukar template blog lagi dan lagi.. korang layan kan jelah yer... lalala :D

Dah beli majalah pa&ma bulan Mac? hihi... aku ni time berduit rajin la beli majalah2 gini... kalau tak berduit tu, jeling2 jelahhh :P

Baru baca beberapa helai je, agak menarik bila jumpa topik rahsia pemakanan ilmuwan islam. 

Ada 6 makanan yang diamalkan:-
1. Madu - madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktiraf ia sebagai shifa (penyembuh penyakit). Madu didapati berkesan merawat penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil 2 sudu teh sehari pada waktu pagi dan malam (pakai sudu plastik yer korang) 
2. Kismis - mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya adalah menghadap kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.  
3. Susu segar - susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.  
4. Telur - amat bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Telur yang terbaik adalah telur ayam kampung.  
5. Halia - sangat mujarab untuk menghindari masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa yang dimakan dalam kuantiti yang sedikit pada waktu pagi.  
6. Delima - Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

Madu boleh makan ke masa pregnant ek?? Ada orang kata madu ni tajam.... waktu period memang elok makan la... dia cuci habis... tapi kalau pregnant boleh ke?

0 comments:

Post a Comment

 
;